fbpx

Blog

Apa Itu Sublimation Printing?

Kilang Sublimation Printing Tshirt

Sublimation Printing adalah salah satu teknik mencetak yang popular digunakan dalam industri percetakan Tshirt & Cenderahati. Dalam artikel kali ini kami ingin berkongsi sedikit pengetahuan berkenaan apa yang dimaksudkan dengan sublimation printing. Ini dapat menambah ilmu anda sebagai pelanggan sekaligus dapat mengelakkan anda terkeliru dan lebih yakin semasa membuat tempahan Tshirt & Cenderahati pada masa akan datang. Antara produk yang boleh dihasilkan dengan teknik sublimation printing ini ialah, t-shirt, mug, lanyard dan banyak lagi.

Sublimation Printing adalah kaedah percetakan yang melibatkan pemindahan design dari printer ke atas kertas khas (Sublimation Paper). Kemudian dari kertas pula design dipindahkan ke atas material produk. Design dipindahkan ke atas material produk dengan menggunakan teknik pemanasan & Tekanan (Heat Press). Teknik Heat Press akan menjadikan dakwat khas (Sublimation ink) bertukar kepada gas (proses pemejalwapan) seterusnya diserap masuk ke dalam material produk.

Sublimation Printer

Teknik sublimation printing hanya boleh digunakan ke atas material tertentu sahaja. Teknik ini hanya boleh digunakan ke atas permukaan yang mempunyai lapisan khas yang dikenali sebagai coating. Lapisan ini akan membantu penyerapan imej dari kertas sublimation ke atas material tersebut. Tanpa lapisan ini, gambar tidak dapat dicetak ke atas produk tersebut.

Heat Transfer Machine

Berikut Merupakan senarai pendek proses-proses sublimation printing pakaian

1. Proses penyediaan artwork atau design menggunakan komputer
2. Proses Mencetak artwork ke atas kertas sublimation menggunakan printer khas (sublimation Printer)
3. Proses pemindahan design dari kertas khas ke atas fabric menggunakan teknik Heat Transfer (Guna mesin Heat Press khas)
4. Proses Menjahit fabric kain yang telah bercorak menjadi tshirt
5. Proses QC (Quality Control) & pembungkusan sebelum
6. Proses serahan/delivery

Semua Proses ini mengambil masa 3-14 hari bergantung pada design, kuantiti & permintaan pelanggan.

Antara kelebihan Teknik Sublimation Printing
1. Tiada Had Warna Cetakan kerana printer sublimation mampu mencetak Full color Printing
2. Kualiti Cetakan sangat tinggi & tahan lama
3. Hasil warna cetakan sangat tepat dengan design & artwork yang dihasilkan
4. Harga Berpatutan bergantung pada kuantiti tempahan
5. Mampu mencetak pelbagai bentuk design & pattern pakaian

kilang sublimation printing

Kilang Jahit

Kami di Oh! Tshirt berpengalaman lebih 10Tahun dalam bidang percetakan pakaian & cenderahati. Sekiranya anda berminat atau bercadang untuk membuat tempahan baju, jersey pasukan, dan cenderahati, kami sedia memberikan servis terbaik serta khidmat nasihat Percuma berkenaan produk2 yang kami tawarkan. Harga yang kami tawarkan adalah sangat berpatutan dan semestinya terus dari kilang. Jadi sebagai pelanggan jangan malu bertanya sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau perlukan rundingan harga mengikut bajet anda. Boleh hubungi kami 017-2290224 untuk sebarang pertanyaan.

LOKASI SHOWROOM

Mafeya Apparel
Team Cetak (Kilang Printing T-Shirt & Embroidery)
32-A, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP

HOTLINE
+6 03 – 5523 6690 (Office)

Ikuti Team Cetak di Facebook dan Instagram untuk dapatkan kemaskini terkini.

  1. Ridzuan ramli -

    Boleh hantar upah print paper sublimation saje tak tuan..

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Pertanyaan

Anda ada persoalan mengenai produk atau perkhidmatan kami?

Bercakap dengan kami melalui WhatsApp untuk respon yang lebih pantas. Kami sedia membantu anda.

WhatsApp Kami
Daftar Ejen WhatsApp