fbpx

Blog

Jenis – jenis Kolar Baju Jersey Sublimation

kolar baju jersey

Kolar baju, seperti yang kita tahu ia adalah tambahan kain di bahagian leher baju. Ia dijahit dengan butang dan bukaan hadapan. Sememangnya semua baaju yang dipakai akan mempunyai kolar baju, termasuk kolar baju jersey.

Di dalam industri tekstil dan fesyen terdapat banyak jenis kolar baju. Kebiasaannya, baju – baju untuk lelaki yang dijual di pasaran menggunakan kolar baju jenis polo dan dipakai bersama tali leher.

Kolar baju jersey yang kita semua tahu, kebanyakkannya menggunakan kolar roundneck. Kolar yang paling mudah dan ringkas. Roundneck ini memberi kesan selesa pada pemakai labih lagi pada wanita yang berhijab. Untuk pengetahuan semua, kolar baju yang digunakan untuk baju jersey bukan sahaja kolar roundneck.

Terdapat beberapa jenis kolar baju jersey yang ramai fikir ia tidak sesuai untuk baju jersey.

  • Kolar Polo

Kolar polo sering anda akan nampak hanya pada baju kemeja dan t shirt polo untuk dipakai pada hari dan tempat tertentu. Dengan itu, kolar baju jersey jenis polo ini lebih sesuai untuk para lelaki kerana lebih nampak kemas dan bergaya.

 

kolar baju jersey

 

  • Kolar V Neck

Kolar v neck pula adalah kolar berbentuk V. Jenis kolar ini mempunyai beberapa jenis antaranya, kolar V neck dan kolar polo V neck . Selain itu, kolar ini akan membuat leher pemakai nampak kesan lebih tinggi. Ia kurang sesuai untuk wanita berhijab kerana bahagian leher yang luas.

 

kolar baju jersey

 

  • Kolar Mandarin

Beberapa jenis yang ada pada kolar mandarin iaitu kolar mandarin butang ataupun kolar mandarin berzip. Leher kolar yang kecil, kolar berdiri dan melekap di sekeliling leher. Ia selalunya dijahit pada jaket askar tetapi sekarang dijadikan sebagai kolar baju jersey yang unik.

 

kolar baju jersey

 

  • Kolar Insert

Terdapat kain lain yang diletakkan pada bahagian dalam di hujung kolar. Sama ada kolar roundneck atau v neck. Ramai pelanggan akan lebih memilih insert V neck sebagai kolar baju jersey. Tujuannya adalah untuk memastikan kolar tetap kukuh dan lebih kelihatan kemas.

 

kolar baju jersey

 

Setiap jenis kolar yang ada mempunyai kesan dan keselesaan masing – masing kepada pemakai untuk kelihatan lebih menarik. Itu sahaja yang kami akan kongsikan pada artikel kali ini.

Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut tentang jenis kolar, boleh hubungi kami di talian 017-2290224 atau anda ingin lihat sendiri, jemput datang ke showroom kami di Shah Alam.

 

LOKASI SHOWROOM (Mafeya Apparel)

TEAM CETAK (Kilang Printing T-Shirt & Embroidery)
32-A, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP

HOTLINE
+6 03 – 5523 6690 (Office)

kolar baju jersey

Ikuti Team Cetak di Facebook dan Instagram untuk dapatkan kemaskini terkini.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen!

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Pertanyaan

Anda ada persoalan mengenai produk atau perkhidmatan kami?

Bercakap dengan kami melalui WhatsApp untuk respon yang lebih pantas. Kami sedia membantu anda.

WhatsApp Kami
Daftar Ejen WhatsApp